Semalam dah berniat nak update cerita kelahiran Ayra Adeena hari ni. So, meh la kita recall balik kisah 2 bulan setengah yg lepas.
-----------------------------
Dapat MC seminggu sebelum paid leave (2 weeks before EDD) yg boss baik hati bagi. Hubby hantar balik rumah Mak, kali ni balik awal tunggu masa bersalin. Sempat makan apa yg nak, rehat puas-puas. Hubby patutnya balik Kulim sebab dia kerja, tapi dia balik sehari pastu balik Jitra balik. Tak sedap hati katanya. Memandangkan Hubby ambik cuti banyak hari, terdetik rasa cepatlah beranak sementara Hubby ada kat sini. Tiba-tiba rasa dah ready nak beranak bila-bila masa.
17 Mac 2013
Bangun pagi rasa sakit perut, mula tu confuse sakit nak gi toilet ke contraction ke. Lepas tu bila dah tiga empat kali rasa sakit yg sama datang, confident ni mesti contraction ni. Bila dah tengahari sikit baru bagitau Mak rasa sakit perut lah. Tapi sebab rasa dia mild, so rileks je. Petang tu siap tido lagi, lama. Jarang nak tido siang sebenarnya. Bangun tido pun still ada rasa sakit. Masa ni dah mula kira selang masa berapa minit.
Lepas Maghrib sakit makin terasa, tapi tak lah sakit sangat lagi. Cuma sakit makin kerap. Hubby dah mula ajak pergi check, tapi tak nak lah. Tak sakit sangat lagi. Sebenarnya risau jugak sebab rasa sakit konsisten, terfikir-fikir bukaan dah berapa agaknya. Mulut cakap tak nak pergi hospital lagi tapi sambil-sambil tu kemas beg hospital. Hehehe.
Lebih kurang pukul 11.30 malam baru surrender bagitau Hubby oklah jom kita gi check. Hehehe. Aisy pun dah tido masa ni. Mak ikut sebab boleh tolong tengokkan Aisy nanti. Aisy memanglah wajib bawak, nak tinggal takut dia terjaga satu hal pulak. Lebih kurang pukul 12 tengah malam sampai kat INS Specialist Centre, Alor Setar. Masa registration diorang bagitau Dr. Annuar takde, bercuti. Alamak..macam mana ni? Terpaksalah pilih gynae lain. Huhuhu.
18 Mac 2013
Masuk labour room pukul 12.30am. First VE - 4cm. Terus kena tahan. Hubby bawak Aisy naik tidur kat bilik. Alhamdulillah bilik selesa, ada extra bed boleh Aisy dengan Mak tidur situ. Sunyi labour room malam tu, takde orang lain nak beranak pun. Btw, midwife cuba call my gynae and dia boleh datang. Alhamdulillah...
Contraction makin lama makin kuat. Tarik nafas..hembus. Midwife tanya nak epidural tak. Dengan konfidennya jawab takpelah tak nak. Masa ni terfikirkan masa lahirkan Aisy dulu. Tak ambil epidural, sedut gas ke apa. InsyaAllah kali ni pun boleh. Doa banyak-banyak mintak dipermudahkan, mintak cepatlah 10cm. Takut sangat kalau kena tahan sakit lama-lama.
Terasa macam nak tido, dengan harapan bila bangun nanti dah 10cm. Hehehe. Tapi tak dapat tido pun, bunyi mesin CTG tu kuat sangat. Lagipun kejap-kejap midwife masuk, monitor contraction. Lepas tu dia terus duduk je sebelah, sembang-sembang pasal kelahiran Aisy dulu. Ingat lagi tengah sembang-sembang tu midwife tanya, "Tak sakit ke? Muka tak berkerut pun. Contraction dah kuat ni." Hehehe. Sakit laaa..ada ke pulak tak sakit. selagi boleh tahan, tahan. Dia siap cakap, "Nak jerit, jeritlah. Bukan ada sape pun malam ni." Senyum je lah. Hehehehe.
Tiba-tiba ada nurse bawak masuk drip. Alaa..kena drip ke? Suspen dah masa tu, kenapa nak drip pulak aku ok je lagi ni (dalam hati). Tanya midwife nak buat apa ni? Selamba dia jawab, "penambah perisa". Huwaaa.. Pitocin! Confirm sakit menggila lepas ni. Tak lama kemudian gynae sampai. Dia pecahkan ketuban. Baru tahu macam mana rasanya. Masa Aisy dulu pecah masa dah nak push. Kejap je lepas tu terus rasa sakit menjadi-jadi. Perghh..nak terputus pinggang terbelah dua badan. Midwife buat VE lagi, 7cm. Masa ni asyik suruh nurse panggil Hubby je. Cepatlah...sakit sangat ni!!
Tak lama lepas tu Hubby masuk, masa tak sakit boleh lagi sengih-sengih borak tanya pasal Aisy. Tidur je dia, tak sedar pun. Lega. Kejap-kejap datang rasa sakit. Sakit yg sakittttt. Huhuhu. Midwife check lagi, kali ni dah fully dilated. Gynae pun masuk, mulalah aktiviti push yg seksa. Eh..kenapa pulak kali ni macam tak reti nak push? Masa Aisy dulu rasanya lagi ok kot. Entah berapa kali push sampai rasa nak nangis, nak give up je. Huhuhu.
Dalam rasa nak give up tu push jugak. Tiba-tiba rasa pedih, sah kena episiotomy. Lepas kena epi, sekali push je plupp! keluar dah Ayra pada jam 2.55am. Pheww. Terus hilang segala rasa sakit. Lepas tu tak berapa ingat sangat dah apa yg jadi. Yang ingat, gynae tunjuk baby, tanya gender. Nurse panggil Hubby ikut dia bersihkan baby. Oh.. nampak gynae pegang jarum and benang jugak. Lepas tu ZZzzzz. Tidur. Gynae bius masa sesi jahit luka epi. Sedar balik lebih kurang sejam lepas tu.
Nurse bawa ke bilik. Borak-borak dengan Hubby sampai Subuh. Kesian dia tak tidur langsung malam tu. Apapun, syukur dipermudahkan semuanya terutamanya Aisy. Tidur sepanjang malam, tak sedar langsung Ibu dengan Waled tinggal dia dengan Nenek kejap. Alhamdulillah untuk kali keduanya dapat lalui saat getir ni bertemankan suami di sisi. Sesungguhnya perancangan Allah itu yg terbaik.